Siapakah Yang Akan Mengendalikan Seminar Ini?

Puan Mary, seorang guru imej yang tidak asing lagi akan mengendalikan Seminar The Best Seller kali ini. Beliau mempunyai pengikut (followers) lebih 50,000 di Facebook dan sering menjadi rujukan utama oleh individu dan organisasi yang mahu mendalami ilmu imej. Kredibiliti beliau turut menjadi faktor beliau kerap diundang berkongsi di media seperti Astro, RTM, TV3, TV Alhijrah, Harian Metro dan lain-lain.

Puan Mary mendapat latihan khusus dalam bidang imej, fesyen dan warna. Beliau merupakan seorang:

  • Perunding Gaya dan Warna – Master Level (diiktiraf Body Beautiful Institute, USA),
  • Perunding Gaya, Fesyen dan Warna (diiktiraf ByFerial Training & Image Consulting, USA/Australia),
  • Perunding Imej Internasional (diiktiraf oleh Poise Image International, Singapore),
  • Konsultan Kerjaya bertauliah – Expert Level (Certified Career Coach, CCC, diiktiraf Expert Rating, U.S.A),
  • Trainer Bertauliah (Certified PSMB Trainer) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Kementerian Sumber Manusia.

Beliau kini merupakan master trainer Akademi Perunding Imej Profesional – sebuah akademi yang memberi tumpuan untuk memberi latihan intensif kepada individu yang berminat untuk menjadi perunding imej profesional.

Sehingga kini, beliau telah melatih 108 orang perunding imej profesional melalui kursus popular anjuran akademi beliau Train-The-Trainer: Certified Professional Image Consultant (TTT: CPIC) dan Certification Course: Certified Men’s Image Consultant (CC: CMIC).

Beliau juga merupakan ketua jurulatih (principal trainer) di sebuah syarikat penyedia latihan imej korporat yang diasaskan oleh beliau iaitu Training Cube International Sdn. Bhd. (TCISB). Klien beliau terdiri daripada syarikat-syarikat korporat serta swasta, rangkaian hotel, kerajaan dan agensi-agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi, di dalam dan di luar negara.

Di antaranya ialah Petronas, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Amanah Saham Nasional Berhad, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Deloitte Kassimchan, KPJ Healthcare Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, INTEKMA Resort and Convention Centre dan lain-lain.

Saya Mahu Daftar Seminar