Mahukah anda meramaikan pelanggan yang sangat setia membeli daripada anda? Mahukah anda melihat produk fesyen yang anda jual mendapat sambutan hebat dan habis dijual? Seminar ini mengupas ‘ilmu dalaman’ yang menyebabkan bisnes ramai usahawan fesyen untung besar dan berkembang cepat.
Anda pernah keluarkan produk fesyen jenama sendiri (atau menjual produk orang lain) namun lebih banyak rugi daripada untung? Anda juga mempunyai banyak idea untuk rekaan fesyen tudung atau pakaian namun tidak pasti sama ada sesuai dengan pelanggan? Bukan itu sahaja, anda juga mendapati bahawa...
Banyak Produk Tidak Terjual Dan Alami Kerugian
Pelanggan Banyak Bertanya Tetapi Tidak Membeli
Rekaan Produk Mengikut Trend Tapi Kurang Sambutan
Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Seminar The Best Seller?
Kami bertemu dengan ramai usahawan yang mengeluarkan produk fesyen jenama sendiri. Ramai berjaya namun ramai juga mengalami kerugian. Mereka tercari-cari silap mereka sehingga produk kurang terjual.
Kami mengkaji situasi-situasi ini dan mendapati ada tiga aspek penting yang boleh membantu usahawan fesyen melalui ilmu yang dikongsikan dalam seminar ini.
PELANGGAN
Ilmu dalam Seminar The Best Seller ini akan mengubah cara pandang anda terhadap pelanggan. Anda akan mengenali dengan jelas pelanggan sasaran anda dan mengatur segala strategi jualan yang akan mendapat sambutan hebat!
PRODUK
Anda akan mampu menilai kembali kualiti dan perincian produk anda selepas kembali daripada seminar ini. Anda akan faham punca sesetengah produk amat laku dan sebahagian yang lain pula kurang terjual. Anda juga mula peka terhadap keperluan fesyen pelanggan yang berbeza-beza.
PROMOSI
Anda akan lebih mudah merancang strategi promosi dan pemasaran produk setelah mendapat ilmu dalam seminar ini. Anda akan dapati lebih mudah menjual kerana anda sudah memahami psikologi dan pemikiran pelanggan anda.
Apakah Ilmu Yang Akan Dikongsi?
Seminar ini mengupas tiga ilmu asas yang amat kritikal untuk diketahui oleh sesiapa juga sebelum memasuki bisnes menjual produk fesyen.
Kami yakin, sebaik sahaja anda memahami topik-topik ini, anda akan dapat menambahbaik perjalanan bisnes anda.
Topik perkongsian seminar ini meliputi:
Siapa Perlu Hadir?
Anda tergolong dalam tiga kategori peserta sasaran seminar ini? Sekiranya ya, anda wajib sertai Seminar The Best Seller.
Usahawan Produk Fesyen, Pemilik Butik, Vendor pakaian, peniaga online, ejen dropship, penjahit pukal dan lain-lain
Penjual Pakaian Wanita Dan Lelaki Dewasa Seperti jubah, Kemeja, Blouse, Tudung, Baju Kurung Dan Lain-Lain
Individu Yang Mahu Mendalami Ilmu imej untuk bersedia sebelum memulakan bisnes menjual produk fesyen
Testimoni
Alhamdulillah.. last saturday berpeluang ke seminar "the best seller" puan mary. You know what, kelas yg berlangsung lebih kurang 5 jam dengan harga cuma rm100 sahaja, saya dapat terlalu banyak ilmu yg sangat-sangat berharga. Ilmu yang cukup buatkan mulut terlopong. Dalam hati dok kata nampak sangat selama ni aku buat bisnes baju syiok sendiri.
Selama ni bila saya menjual, saya faham sangat dengan produk yang dijual. Baik dari segi materialnya, kualitinya, warnanya. Tapi satu perkara yang saya tak faham-faham, kenapa ada sesetengah warna baju tak laku, kenapa ada pelanggan yang tanya macam-macam tapi tak membeli, kenapa susah sangat nak dapat pembeli yang bila whatsapp terus minta no akaun.
Bila datang seminar puan mary ni, baru saya faham. Rupa-rupanya sebab utama produk kita tak jalan atau kita menghadapi kesusahan untuk dapatkan 'right customer' adalah kerana kita sendiri tak faham personaliti pelanggan kita (3 point penting yang puan mary sentuh iaitu personaliti, bentuk badan, warna). Personaliti inilah point utama pada diri saya sendiri kenapa tak boleh pegang satu-satu pelanggan.
Bukan sebab produk, bukan sebab pelanggan tak berminat. Tapi saya sendiri tak jelas kepada siapa produk saya itu hendak ditujukan, hendak dijual. Sudahnya warna baju yang kita rasakan cantik dan akan laku itulah masih tersimpan dalam almari, "wanted colours" pula yang kita buat kuantiti yang sikit dan tak cukup sehinggakan sampai sekarang customer tanya bila nak restock😂😂😂. Belum cerita tentang saiz baju mana yang dalam masa seminggu habis licin terjual dan ada juga saiz yang sangat perlahan sambutannya.
Dalam apa pun bisnes yang kita buat, kalau kita faham setiap manusia itu terdiri dari 4 jenis personaliti (bak kata puan mary ada pecahannya lagi untuk 4 jenis tu) InshaaAllah kerja bisnes akan jadi lebih mudah. Kita mudah nak handle rejection from them. First thing first, nak ke tak nak kita mesti luangkan masa untuk buat research.
Research yang betul akan mudahkan kita untuk buat jualan pada target customer yang betul. Please do not spend berpuluh-puluh ribu modal untuk buat produk selagi kita tak kenal dan faham target market kita dan apa yang mereka lebih perlukan. Potensi untuk duit modal hangus terbakar, stok produk tersimpan kemas bawah katil adalah sangat-sangat besar. Trust me, please don't do that. Terima kasPuan Maryary for the awesome knowledges and i need more and more ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Ezzah Ezzaty Mohd Suffian, Khaleefa Clothing
Seminar TBS merupakan kejutan besar buat saya. Tak sangka ini lah sebenarnya rahsia brand antarabangsa boleh survive dan kembangkan business mereka dalam industri fesyen dan kecantikan. Ia adalah fundamental knowledge yang cukup kuat untuk pengusaha fesyen dan kecantikan memahami personaliti manusia, membuatkan mereka nampak professional dalam mendekati pelanggan. Program ini juga secara tidak langsung telah membantu saya dalam mengatur stratergi yang terbaik untuk perniagaan saya. Modul yang ringkas tapi padat, serta skill penyampaian Puan Mary yang jelas membuatkan peserta mudah hadam. Saya sangat menggalakkan sesiapa sahaja yang mementingkan ilmu imej untuk sertai bersama. Saya dah subscribe untuk Advance TBS. Saya harap anda akan buat perkara yang sama :)
Asip Rahmat, CEO Brand
The Best Seller banyak memberi ilmu baru yang mana ilmu ini akan membantu saya menjadi ushawan pakaian dengan lebih baik lagi.
Puan Nor Halmi, Usahawan Pakaian
Info Lanjut Seminar The Best Seller
Berikut adalah maklumat tambahan yang penting berkaitan Seminar The Best Seller. Usah terlepas membaca info lanjut ini.
Usah ketinggalan! Seminar The Best Seller yang seterusnya akan diadakan pada tarikh berikut: [su_list icon="icon: chevron-right"] Tarikh: 11 Jun 2017 Masa:…