Ezzah Ezzaty Mohd Suffian, Khaleefa Clothing

man-head-shilouette

Alhamdulillah.. last saturday berpeluang ke seminar “the best seller” puan mary. You know what, kelas yg berlangsung lebih kurang 5 jam dengan harga cuma rm100 sahaja, saya dapat terlalu banyak ilmu yg sangat-sangat berharga. Ilmu yang cukup buatkan mulut terlopong. Dalam hati dok kata nampak sangat selama ni aku buat bisnes baju syiok sendiri.
Selama ni bila saya menjual, saya faham sangat dengan produk yang dijual. Baik dari segi materialnya, kualitinya, warnanya. Tapi satu perkara yang saya tak faham-faham, kenapa ada sesetengah warna baju tak laku, kenapa ada pelanggan yang tanya macam-macam tapi tak membeli, kenapa susah sangat nak dapat pembeli yang bila whatsapp terus minta no akaun.
Bila datang seminar puan mary ni, baru saya faham. Rupa-rupanya sebab utama produk kita tak jalan atau kita menghadapi kesusahan untuk dapatkan ‘right customer’ adalah kerana kita sendiri tak faham personaliti pelanggan kita (3 point penting yang puan mary sentuh iaitu personaliti, bentuk badan, warna). Personaliti inilah point utama pada diri saya sendiri kenapa tak boleh pegang satu-satu pelanggan.
Bukan sebab produk, bukan sebab pelanggan tak berminat. Tapi saya sendiri tak jelas kepada siapa produk saya itu hendak ditujukan, hendak dijual. Sudahnya warna baju yang kita rasakan cantik dan akan laku itulah masih tersimpan dalam almari, “wanted colours” pula yang kita buat kuantiti yang sikit dan tak cukup sehinggakan sampai sekarang customer tanya bila nak restock😂😂😂. Belum cerita tentang saiz baju mana yang dalam masa seminggu habis licin terjual dan ada juga saiz yang sangat perlahan sambutannya.
Dalam apa pun bisnes yang kita buat, kalau kita faham setiap manusia itu terdiri dari 4 jenis personaliti (bak kata puan mary ada pecahannya lagi untuk 4 jenis tu) InshaaAllah kerja bisnes akan jadi lebih mudah. Kita mudah nak handle rejection from them. First thing first, nak ke tak nak kita mesti luangkan masa untuk buat research.
Research yang betul akan mudahkan kita untuk buat jualan pada target customer yang betul. Please do not spend berpuluh-puluh ribu modal untuk buat produk selagi kita tak kenal dan faham target market kita dan apa yang mereka lebih perlukan. Potensi untuk duit modal hangus terbakar, stok produk tersimpan kemas bawah katil adalah sangat-sangat besar. Trust me, please don’t do that. Terima kasPuan Maryary for the awesome knowledges and i need more and more ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️